|
Alhamdulilah, Skru bersyukur kerana dihalirkan dlm suasana & negara yg MERDEKA!! Kenikmatan kemerdekaan ini telah berupaya "mengMONTELkan" Skru yg sihat ini. Laungan keramat MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! yg dilaungan pd suatu masa dahulu, tepat pada detik pertama pukul 12.00 tengah malam tanggal 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor oleh perdana menteri kita yg pertama iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Keesokan harinya tepat 9.30 pagi di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Setelah 49 tahun negara kita sudah Merdeka, Skru ingin membawa anda semua utk mengenali tokoh2 Perdana Menteri yg telah menerajui negara tercinta ini. Daftar Perdana Menteri Malaysia
PERDANA MENTERI PERTAMA TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI AL-MARHUM SULTAN ABDUL HAMID SHAH (1957 - 1970) BAPA KEMERDEKAAN Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bergema di seluruh pelusuk Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Negara tidak dijajah lagi. Bermulalah demokrasi berparlimen di mana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Agong yang pertama. Gabungan parti politik yang mewakili tiga bangsa majoriti negara; Melayu, Cina dan India di bawah Parti Perikatan berjaya membawa perubahan dan menjadi asas perpaduan hingga ke hari ini. 16 September 1963, Malaysia ditubuhkan dan perancangan pembangunan negara bermula demi kesejahteraan rakyat. TUN ADDUL RAZAK DATO' HUSSEIN - PERDANA MENTERI KEDUA (1970 - 1976) Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada zamannya untuk membasmi kemiskinan serta menaikkan taraf ekonomi rakyat tanpa mengira kaum. Kesungguhannya memperbaiki kehidupan rakyat terbukti menerusi rancangan FELDA, program Buku Hijau dan berbagai lagi perancangan yang mengajak rakyat memajukan negara. Bagi menjamin perpaduan rakyat berbagai kaum menerusi parti politik, Barisan Nasional ditubuhkan. Tun Razak meletakkan asas yang menjadikan rakyat Malaysia kukuh bersatu ke arah pembangunan negara. TUN HUSSEIN ONN - PERDANA MENTERI MALAYSIA KETIGA (1976-1981) Tun Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri ketiga pada 15 Januari 1976 dan dikenali sebagai Bapa Pendidikan Malaysia. Pemerintahan beliau dikenali sebagai Zaman Pepaduan Negara (1976-1981). Perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat berbagai kaum di negara semakin kukuh dan menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Negara menuju kematangan dalam politik dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi yang semakin terserlah. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD - PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE EMPAT (1981-2003) Pemerintahan beliau dikenali sebagai Era Pembangunan Perindustrian dan Globalisasi. Dasar Pandang Ke Timur, projek kereta nasional, pelaburan dalam industri menyumbang ke arah kepesatan ekonomi negara. Kini Malaysia menjadi contoh dan ikutan negara-negara membangun terutama negara Dunia Ketiga DATO' SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI - PERDANA MENTERI MALYSIA KE LIMA (2003 - KINI) Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. |
| malaysia web design June 25, 2009 12:00 PM PDT itu lah hari yang paling bersejarah | ||
| web design June 25, 2009 11:05 AM PDT dan juga dugaan | ||
| malaysia web design June 22, 2009 04:03 PM PDT dunia] penuh pancaroba | ||
| malaysia seo June 22, 2009 09:37 AM PDT ALLAH beri keaman di malaysia | ||
| sprinkler system May 20, 2009 04:27 PM PDT ALLAH selamat kan malaysia | ||
| malaysia pr March 27, 2009 04:35 PM PDT malaysia aman sentosa selamanya | ||
| web design March 26, 2009 06:21 PM PDT HIDUP MALAYSIA DAN AMAN DAMAI | ||
| skruemas September 1, 2006 11:46 AM PDT mari sama2 jerit... MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! | ||
| kuncup August 31, 2006 08:29 PM PDT Slmt menyambut hari kemerdekaan mesia wat skru & put3. nak jerik gak lar... merdeka~!!! merdeka~!!!! kik.. kik.. kik... | ||
| Leave a Comment: |